1. |
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara semenanjung Malaysia kecuali kakitangan penganjur dan penaja serta keluarga terdekat mereka. |
2. |
Peraduan ini terbuka kepada semua bayi berusia yang 24 Bulan ke bawah (berlahir sejak 1 Mac 2007). |
3. |
Semua foto peraduan bersize 4R yang dihantar tidak akan dikembalikan. |
4. |
Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap penyertaan mesti disertakan dengan resit asal pembelian. |
5. |
Bukti pos tidak dikira sebagai bukti penerimaan borang. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang ataupun gambar yang rosak. |
6. |
Peserta yang layak masuk ke peringkat separuh akhir diminta menghantar satu keping foto bersize 8R untuk layakkan diri ke peringkat akhir. |
7. |
Semua pemenang pertandingan separuh akhir akan dimaklumkan melalui pos. Semua pemenang pertandingan akhir akan dimaklumkan melalui pos dan panggilan telefon.Untuk menerima hadiah, semua pemenang perlu menghadiri upacara penyampaian hadiah yang ditentukan oleh pihak penganjur dengan pembelanjaan sendiri. Manakala, peserta yang tidak layak, tidak akan dihubungi. |
8. |
Gambar pemenang utama dan pemenang musim akan digunakan sebagai model bagi kalender Ayam Brand tahun 2010.
Manakala gambar bagi Pemenang saguhati akan dijadikan model bagi kalender poket De One Studio tahun 2010. |
9. |
Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi melalui panggilan dan pos, hadiah tersebut akan dibatalkan. |
10. |
Hadiah-hadiah tidak boleh ditukarganti dengan wang tunai atau barangan yang sama nilainya. |
11. |
Semua hadiah pelancongan hanya untuk penginapan sahaja, tidak termasuk tiket penerbangan, pengangkutan dan perkhidmatan lain yang berkaitan. |
12. |
Keputusan jemaah pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. Pihak penganjur berhak mengubahkan atau membatalkan syarat –syarat penyertaan tanpa sebarang pemberitahuan. |
13. |
Pihak penganjur dan penaja berhak untuk menerbitkan nama, maklumat dan gambar para pemenang untuk tujuan pengiklanan dan pubilisiti tanpa sebarang ganjaran kepada para pemenang. |
14. |
Semua penyertaan mesti dihantar kepada pihak penganjur SEBELUM 30 Jun 2009 bagi Musim 1 dan SEBELUM 31 Oktober 2009 bagi Musim 2. |
15 |
Semua penyertaan boleh pos ke: 26-1, JALAN 24/70A, DESA SRI HARTAMAS, 50480 KUALA LUMPUR.
|